TIP RUMAH TANGGA BAHAGIA..

 Petua Suami Isteri Ceria Rumahtangga Bahagia

Image result for doa keluarga bahagia

Lumrah berumahtangga, dugaan dan cabaran sentiasa datang dan pergi, pasang dan surut tidak mengenal masa dan ketika.

Pasangan mana yang tidak bergaduh, rumahtangga mana yang tidak bergegar. Ianya normal, tiada apa yang perlu dimalukan, hanya perlu banyak belajar dan bersabar.

 

Rumahtangga yang normal pasti ada pahit, manis, masam dan masin. Adakalanya pedas dan hangat, adakalanya sejuk dan nyaman.

Cuma yang membezakan suatu rumahtangga ialah bagaimana peranan itu dimainkan oleh setiap pasangan suami isteri.

Petua Rumahtangga Bahagia

1. Tiada rahsia
Dari sekecil-kecil keluar minum dengan kawan-kawan sehinggalah kepada sebesar-besar ingin berpoligami pun, biarlah berterus terang.

Namun harus diingat, untuk tidak berahsia kena ada ilmu. Kena belajar cara berbicara hal sensitif dengan pasangan.

Jangan pula disebabkan ‘tiada rahsia’, isteri sedang siang bawang tiba-tiba suami sebut,

“abang tak nak berahsia, abang nak kawin lain..”
Kan cari nahas tu..!

2. Hargai pasangan, terima kekurangan
Sebarang pertolongan, nasihat, peringatan, hadiah dan apa sahaja yang diterima, sentiasa bersikap berterima kasih kepada pasangan, walaupun hanya dengan sebuah ukiran senyuman yang ikhlas.

Masing-masing dilahirkan dan dibesarkan dalama suasana dan keluarga yang berbeza. Pastinya cara pasangan tidak sama dengan cara kita, baik dari segi budaya mahupun etika.

Dalam masa yang sama, utamakan berbincang. Sekiranya inginkan pasangan berubah, setiap kali memberi nasihat, jangan lupa berikan masa. Biar berulang 10 juta kali pun, teruskan menasihat dan memberi masa.

Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta.

3. Kenal Pencipta 5 kali sehari, bersama
Paksa diri untuk memulakan solat berjemaah. Pujuk pasangan untuk berjemaah. Elakkan marah jika pasangan enggan, tetapi teruskan memujuk di samping doa yang tak pernah putus.

“Ya Allah, bukalah pintu hati pasanganku untuk berjemaah bersamaku pada setiap waktu solat…”
Berusahalah untuk mengenal Allah s.w.t, insya-Allah kita akan kenal pasangan kita. Cara nak kenal Allah s.w.t, kenal diri sendiri dahulu.

4. Wajibkan baca Quran setiap hari
Seorang huffaz kena baca sekurang-kurangnya 2 juzu’ Al-Quran sehari. Jika bukan huffaz, usahakanlah baca sekurang-kurangnya sehelai (2 muka) sehari atau sebanyak mana yang termampu untuk kita konsisten.

Sekiranya ada impian untuk anak-anak menjadi huffaz, usahakan juga hafal bersama-sama dengan anak-anak supaya mereka lebih bersemangat untuk menghafal. Dorongan ibu bapa sangat penting dalam kejayaan anak-anak.

5. Seimbangkan keperluan seks
Bila dah lama berumahtangga ramai pasangan yang melebihkan keperluan kerja atau anak-anak berbanding keperluan seks pasangannya.

Terlalu melebih-lebihkan kerja, atau anak sehingga letih kepenatan dan menghilangkan mood untuk bersama.

6. Isteri WAJIB sentiasa cantik di hadapan suami
Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda kepada Umar, “Maukah kuberitahukan sebaik-baik simpanan seseorang? Dia adalah wanita shalihah, Yaitu jika suami memandangnya, Dia menyenangkannya.”

Dari hadits Abdullah bin Salam, bahwa Rasulullah bersabda “Sebaik-baik isteri ialah isteri yang menyenangkan kamu bila engkau memandang (nya), dan taat kepadamu bila engkau menyuruh (nya), serta menjaga dirinya dan harta bendamu di waktu engkau tidak berada bersamanya.”

Ciri wanita solehah adalah dia yang mampu membuat hati suami senang ketika melihatnya.seorang muslimah tidak boleh  berhadapan dengan suami dalam keadaan ala kadar sahaja . Rambut yang belum disikat, aroma tubuh yang kurang menyenangkan, wajah yang berminyak dan berkeringat akibat aktiviti di dapur dan sebagainya.

silakan share !!

Posted in Tip

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s