“AYAT KURSI MELINDUNGIKU”- WANITA INI KONGSI KISAH ‘KEKUATAN’ AYAT KURSI DALAM KEHIDUPANNYA

Image result for ayat kursi

Ayat Kursi Melindungiku

Salam semua. Aku nak kongsi sesuatu yang aku baru sedar selama ni suatu amalan yang banyak menyelamatkan aku daripada musibah.

 

Daripada zaman sekolah menengah lagi mak aku selalu pesan untuk amalkan ayat Kursi setiap kali keluar rumah. Mula-mulanya aku buat lebih kurang terpaksa dan alhamdulillah amalan membaca ayat kursi sebelum keluar rumah dah melekat dalam diri aku sampai lah aku dah masuk alam pekerjaan.

Secara rohaniahnya aku rasa selamat selepas baca ayat Kursi. Mula-mula aku tak perasan. Aku rasa kehidupan seharian aku biasa-biasa je. Perempuan kan macam roller coster. Kadang-kadang ceria, kadang-kadang moody. Aku pun tak lari daripada emosi roller coster ni. Ni aku nak cerita kejadian yang berlaku di sekeliling aku yang aku rasa ada kaitan dengan amalan membaca ayat Kursi selepas keluar rumah.

 

Dulu masa belajar dekat UiTM Shah Alam, aku menyewa dekat kawasan Flat PKNS. Hati tergerak untuk tukar tombol pintu bilik yang dah rosak supaya setiap kali keluar rumah boleh kunci bilik. Beberapa minggu kemudian, waktu tu masa dalam kelas, tetiba housemate telefon cakap rumah kena pecah masuk. Bila aku balik rumah dan check bilik aku, Alhamdulillah tak ada barang hilang. Si pencuri tu tak masuk bilik aku sebab berkunci. Laptop housemate yang ada kat ruang tamu semua kena sapu. Tapi nasib baik housemate aku yang tengah tidur waktu pencuri masuk tu, tidak kena apa-apa. Kalau tak lagi teruk kes ni.

 

Suatu hari tu aku tak tidur lebih daripada 48 jam aka 2 hari sebab kejar deadline kerja. Masa hari ketiga tu selepas selesai kerja, aku mintak izin dengan bos untuk balik sebab rasa tak larat giler dah. Masa dalam perjalanan pulang tu aku tak tahu berapa kali aku terlena sambil pegang stereng kereta. Aku pandu kereta termasuk line orang lain pun ada. Tapi setiap kali nak sampai kat traffic light dan selekoh, mesti aku tersedar. Alhamdulillah aku selamat sampai ke rumah. Waktu ni aku tak fikir yang Allah lindungi aku sebab aku hanya fikir nak balik rumah untuk qada tidur je.
Image result for ayat kursi

Aku ni bukan jenis duduk kat rumah senyap-senyap kalau hujung minggu. Setiap kali hujung minggu ada je tempat yang aku nak pergi. Ada satu tempat tu aku memang selalu pergi untuk membeli barang dapur. Aku pergi waktu pagi dan bila petang tetiba kecoh dekat Facebook yang kedai ni kena rompak. Bukan main terkejut lagi aku sebab aku baru je singgah tempat tu.

 

Lagi satu, bukan aku nak riak tapi Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah berjumpa dengan orang yang berniat jahat. Walaupun tempat-tempat yang aku pergi tu boleh termasuk dalam kategori kawasan tidak selamat untuk perempuan yang berseorangan.

 

Image result for ayat kursi

 

Bila aku fikir balik, aku bersyukur sangat sebab Allah lindungi aku daripada musibah yang tidak diingini. Dulu aku hairan jugak apa yang aku buat sebab selalu terselamat daripada musibah. Lepas tu aku terjumpa artikel pasal mukjizat ayat Kursi. Sekarang barulah aku nampak dan faham bila selalu mengamalkan ayat Kursi. So, aku seru korang untuk sama-sama mengamalkan ayat kursi setiap kali keluar rumah supaya kita semua mendapat perlindungan daripada Allah. Dunia sekarang ni makin ramai orang yang berniat jahat. Tapi jangan risau sebab kita ada Allah al Wali. Yang Maha Melindungi.

 

– Hayatul Husna

Sumber : IIUM Confession


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s